Doa Memohon Barang Hilang Dikembalikan

Doa Memohon Barang Hilang Dikembalikan

Apakah Terjemahan Dan Maksud Doa Barang Hilang?

Terjemahan doa barang hilang dalam bahasa Melayu adalah:

“Ya Allah, Yang Maha Mengumpulkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya, kumpulkanlah antara aku dan (sebutkan barang yang hilang). Wahai Yang Maha Memberi Petunjuk, Yang Maha Mengetahui, wahai Pemberi Petunjuk, tunjukkanlah aku kepada barangku yang hilang, sesungguhnya Engkau menunjukkan kepada kebaikan dan Engkau mengetahui sedangkan kami tidak mengetahui.”

Doa Barang Hilang – Memohon Agar Barang Ditemui Semula

Pernah tak, cari barang tak jumpa-jumpa? Dah puas cari sana sini setiap sudut dah cari, tapi tak jumpa-jumpa. Mesti letih dan geram kan. Lebih-lebih lagi kalau barang tu barang yang berharga atau barang yang nak guna.

Lain kali, apabila berada dalam situasi tersebut bolehlah anda cuba baca doa barang hilang yang dikongsikan di bawah ini. Semoga bermanfaat!

Apakah Bacaan Doa Barang Hilang Dalam Tulisan Rumi?

Bacaan doa barang hilang dalam tulisan rumi adalah seperti berikut:

Allahumma ya jami’an nasi liyaumin la raiba fihi, ijma’ baini wa baina (sebutkan barang yang hilang). Ya hadi ya ‘alim, ya dalil ya dalal, dullani ‘ala dallati, fa innaka tadullu ‘alal khairi wa ta’lamu wala na’lam.

Bilakah Dan Bagaimana Cara Membaca Doa Barang Hilang?

Doa ini boleh dibaca dalam beberapa keadaan:

Doa Barang Hilang Agar Ditemui

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيهِ، اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَآلَّتِي

Maksudnya: “Wahai Tuhan Yang Menghimpunkan manusia di hari yang tidak ada ragu-ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.”

اللّهُمَّ أجِرْنِي فِيْ مُصِيْبَتِيْ وَاخْلُفْنِيْ خَيْرًا مِنْهَا

Maksudnya: “Ya Allah berilah ganjaran atas musibah yang menimpaku ini, dan gantilah dengan yang lebih baik daripadanya..”

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ

Maksudnya: “Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah.”

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ ضَاعَتْ لَهُ مَالَتُهُ فَلْيَتَوَضَّأْ، وَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ، وَلْيَدْعُ بِهَا فَإِنَّهُمَا يَرْفَعَانِ مِنْهُ، أَوْ قَالَ: يَرْفَعُهُمَا مِنْهُ، ثُمَّ لْيَقُلْ: بِسْمِ اللهِ يَا هَادِيَ الضَّالَّةِ، وَرَادَّ الضَّالَّةِ، ارْدُدْ عَلَيَّ ضَالَّتِي بِعِزَّتِكَ وَسُلْطَانِكَ، فَإِنَّهَا مِنْ عَطَائِكَ وَفَضْلِكَ

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda, “Barangsiapa kehilangan barangnya, hendaklah dia berwudhu, kemudian solat dua rakaat, kemudian dia berdoa dengannya, karena kedua rakaat itu akan mengangkat kesalahannya. Kemudian hendaklah dia mengucapkan,

‘Dengan nama Allah, wahai Pemberi petunjuk yang memberi petunjuk dan yang mengembalikan kesesatan, kembalikanlah barang yang hilang ini kepadaku dengan kekuasaan dan keagungan-Mu, kerana sesungguhnya ia datang dari karunia dan karunia-Mu.'”‘” (HR. Muslim)

Doa Barang Hilang Rumi

Berikut bacaan dalam rumi doa barang hilang.

Bismillahirahman nirrahim.

Yaa Jaa mi annasi liyau milaa roiba fihi, ijma’ alaiya dhoollati.

Doa Barang Hilang Agar Jumpa Kembali

Khas untuk korang yang tengah cari barang hilang. Baca doa barang hilang ni, inshaAllah jumpa. Kalau tak jumpa juga mungkin Allah akan gantikan dengan yang lain. Bersangka baiklah.

Bacaan Doa Ketika Hilang Barang Dalam Arab

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لَا رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ ضَالَّتِيْ فِيْ خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ

Bacaan Doa Barang Hilang Rumi

Allâhumma yâ jâmi‘an nâsi liyaumin lâ raiba fîh, ijma’ bainî wa baina dlâllatî fî khairin wa ‘âfiyah.

Maksudnya: “Ya Allah, wahai Tuhan yang mengumpulkan semua manusia di hari yang tiada ragu lagi padanya. Pertemukan aku dan barangku yang hilang dengan kebaikan dan ‘afiyah.”

Dan kami riwayatkan di dalam kitab risalah Imam Abul Qasim al-Qusyairi radhiyallahu ‘anhu pada Bab Karamah Aulia, beliau berkata: Adalah bagi Jaafar al-Khuldi² satu mata cincin, lalu terjatuh ke dalam sungai Dajlah. Dan adalah baginya doa yang mujarab untuk mendapatkan semula mata benda yang hilang, lalu beliau berdoa dengan doa tersebut, dan akhirnya mata cincin itu didapati di tengah-tengah daun kayu yang dibalik-balikkannya.

Berkata Imam al-Qusyairi radhiyallahu ‘anhu: Aku mendengar Abu Hatim as-Sajistani rahimahullahu taala berkata: Aku mendengar Abu Nasir as-Sarraj rahimahullahu taala berkata:

يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لَا رَيْبَ فِيْهِ، اجْمَعُ عَلَيَّ ضَالَّتِي

Ertinya: Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia di hari yang tidak ada ragu-ragu lagi padanya, himpunkanlah aku dengan barangku yang hilang itu.

Berkata Imam Nawawi : Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya.

Apakah Kelebihan Membaca Doa Barang Hilang?

Membaca doa barang hilang membawa pelbagai kelebihan, antaranya:

Manusia ni Allah kurniakan sifat lupa. Kadang-kadang barang yang mudah pun kita boleh terlupa kat mana letak. Doa rasa macam ingat letak kat mana. Tapi tu lah cari tak jumpa jugak. Lepas ni kalau ada barang-barang yang hilang boleh cuba amal doa barang hilang ni nah.

Apakah Amalan-Amalan Tambahan Yang Digalakkan?

Beberapa amalan tambahan yang boleh dilakukan:

Amalan Apabila Barang Hilang

Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.

Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoalah “Doa Ditemukan Barang Yang Hilang”, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.